28 Julai 2016 pukul 3 petang.
sampai kat PPUKM dekat pukul 2, dengan tenang laki bini solat zohor, lunch then baru naik tingkat 7. dah dekat pukul 3 masa tu. ingatkan macam 1st appointment dapat jumpa Prof on time. tetapi tidakkk. ahahaha. ada 3 couple sebelum kami, sudahnye dekat pukul 4 baru dapat masuk bilik Prof Hashim. Prof ceria betul, hihi. tak macam masa first time jumpa. agaknya masa tu puasa, lapar ngantuk semua ada. tu yg moody sikit, kot lah. pepandai je. haha.
Kali ni takde scan, cuma discuss semula pasal prosedur IVF/ICSI. then ambil darah untuk check ovarian reserve. suami pulak nak buat semen analysis sekali dengan freezing. tapi sebab dah pukul 4+ Prof suruh datang semula pagi esok. bawak borang biru & kuning tunjuk kat kaunter MAC.
disebabkan kami tinggal diluar KL, Prof sarankan terus beli ubat-ubat. AF pun less than 2 weeks(expected 11 Ogos). untuk kes kami, Prof prescribed Femara 7.5mg & Menopur 225ui daily, selang-seli. so, taklah mencucuk tiap-tiap hari. hmm, lega ada, blur confused cuak pun ada sebab tak pernah makan Femara sebelum ni. cuak jugak kalau-kalau telur tak respon. dah la CD10 baru first scan. huhu. doakan semua berjalan lancar ye. Thanks!
bill untuk 28 Julai 2016 :
RM325.55
bill untuk 28 Julai 2016 :
RM325.55


Tiada ulasan:
Catat Ulasan