alhamdulillah!
pukul 8:20pg, dlm debar call MAC. lepas bgtau details. nurse cakap Puan datang esok pukul 9 pagi ye. masa tu rasa terlepas segala lelah di dada! alhamdulillah syukur ya Allah. bermakna memang ada telur yang survived up until today, D5 dah jadi blastocyst! tanya jugak nurse berapa grade berapa transfer ada freezing tak. tapi embryologist takde, maybe belum masuk klinik kot. mcm haritu tvs(dgn embryologist) pukul 9 onwards. so nurse takde jawapan. suruh tunggu esok sahaja. ish. dia tak tau ke hatiku meronta nak tau. hahah.
so. nurse pesan jangan lupa injection hari ni pukul 10pagi. decapeptyl 0.2mg, dah siap-siap beli masa 1st tvs. senang, takyah ulang-alik ke hospital. nk ni nak bgtau, cik deca ni, PEDIH amat! fuhh. dah la kena kiri kanan. mmg pedih. huhuu. bertabah lah. demi mu anak.
setel je injection, kulit naik bintik-bintik sebelah tempat cucuk tu. cuak jugak. kulit jadi merah then bintik-bintik tu makin besar jd la setompok bintat nyamuk gigit. tapi tak gatal pulak. adoi, alergik ke apa ni. nak whatsapp Prof tapi hold dulu. dalam 20minit camtu tengok bintat tu dah makin surut. lega! tapi esok nk tanya Prof kenapa jadi camtu. nanti update lain.
now. i am 100% ready untuk tranfer esok!! berdebar tapi tak sabar! hihi! doakan semuanya berjalan lancar. semoga hari Jumaat hari berkat, Allah permudahkan. amin amin amin.
*update : bintik-bintik slps injection tu takde apa-apa pun. since dia naik kejap je, so nothing to worry. bukan alergik. alhamdulillah.
*update : bintik-bintik slps injection tu takde apa-apa pun. since dia naik kejap je, so nothing to worry. bukan alergik. alhamdulillah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan