today CD11, appointment untuk first tvs. pagi tadi sampai awal kat PPUKM, belum 8:30 dah tercegat depan kaunter MAC, terus register. guess what, kami yang pertama. hihi. tapi nurse cakap doktor & embryologist start pukul 9-9:30 macam tu. lepas buat bayaran, lepak cafe isi perut dulu lah. pukul 9 baru pegi MAC semula. tak lama, 9:10 dah masuk bilik ultrasound. berdebar tu Allah je yang tau. sebab dengar cerita kawan-kawan lain CD4 dah tvs, pastu CD8 kang tvs lg. kita ni dah CD11 baru 1st tvs.
tapi alhamdulillah, size telur dah ngam! cuma nya. tak banyak. faktor umur kot. sedih? of couse. tp reda. syukur sangat, daripada takda. at least ada jugak 5 telur kat ovari kanan, 3 kat ovari kiri. lining alhamdulillah cantik, 10.1cm.
selesai tvs, time tengah tunggu untuk consult dengan doktor Maiza, nurse panggil bagi form putih. suruh baca and sign. masa tu macam blur, eh dah dapat borang ni dah nak kena OPU ke? betul ke? dah siap baca siap sign nurse panggil lagi jumpa doktor Maiza. so yes jawapan kepada persoalan tadi, OPU scheduled on Saturday 20 August 2016. lusa!
doktor Maiza bgtau belah kanan ada 3 yang confirm sesuai untuk retrieve. 2 lagi agak kecil, hopefully membesar by the time nak OPU nanti. and 3 kat ovari kiri too small. tidak akan di sedut. kalau ambik pun, no use. okey. walaupun not much tapi kena positif! hopefully yang berjaya fertilise dan jadi grade 1, superhigh quality embryo/blasto dannn akan dapat bertahan sampai full term. hihi dah tersenyum sorang-sorang pulak.
then jumpa nurse semula, isi details kat buku untuk OPU lusa. dapat kertas purple untuk buat bayaran down payment IVF. lepas tu ke NF Farmasi untuk beli ubat. then balik semula ke MAC. haha. pening tak? memang exercise ke hulu ke hilir. mujur la dlm bangunan tu je. so. jumpa semula nurse MAC dia terangkan cara pengambilan ubat, dia terangkan tentang prosedur OPU. pastu settle! boleh balikkk.
malam ni tepat pukul 12 malam inject pregnyl 10,000iu. malam esok start puasa dari 12 malam.
bil untuk 18 Ogos 2016 :
RM 53.00 (TVS MAC)
RM 848.00 (down payment IVF)
RM 210.10 (NF Farmasi; 3boxes Pregnyl, 6nos Clarinase, 3nos Uniaspirin, 0.2mg decapeptyl)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan