Sabtu, 19 Julai 2014

Fibroid, Endometriosis dan Polyps





Petang last day kat hospital, nurse datang tanya nak tengok tak hasil pembedahan. haha. okey, curious jugak apa la rupa menda alah tu semua. haaa, ni dia, nurse bawak dalam bekas camni. bekas besar tu, obviously fibroid dua ketoi, bekas kecik yang atas kulit endometriosis, isi nye dah disedut buang, bekas yang bawah pulak polyps. feeling?? mcm tak percaya je all this while ada dua biji telur ayam dalam rahim. hahaha. suami pun terkejut tengok. walaupun tak la besar mana, tapi tetap kami terkejut. tak percaya. but after all, Alhamdulillah sangat-sangat dah berjaya keluarkan anasir-anasir ni. :)

nah untuk tatapan lebih jelas. hihi

kalau ikutkan size tu dah mcm fetus 3bulan. baby kembar lah konon-konon ni kan. :p






Khamis, 17 Julai 2014

Last day di KPJ Ampang!

Alhamdulillah. last day kat hospital! malam ni dah boleh balik! tak sabar! dah 4 hari tak hirup udara luar, 4 hari jugak tak jumpa sinaran matahari. rindu!



since admitted tengah malam ahad tu sampai la saat ni, paling jauh pun jalan ke kaunter nurse tu je. kaunter pun depan pintu bilik je pun. hehe.


my everyday view

Dr Marsita pun baru je datang melawat. Dia kata semua cun melecun. insyaAllah lps 3months bleh teruskan TTC. senyum sampai telinga dah ni. rasa berbaloi segala kesakitan. *walaupun blm pregnant*

selamat tinggal fibroids, endometriosis dan polyps. dah, takmo lagi dah datang menjenguk!

Selasa, 8 Julai 2014

First appointment Doktor Marsita Mansor

5 Julai 2014 first time jumpa Dr Marsita. baru masuk 7 Ramadhan. booking appointment since May. took me 2 months nak dapat jumpa Dr Marsita. takpe. kami redha. or. more to pasrah maybe. :|

ok so. sejak dari first time 'datang bulan', cycle saya memang regular. 28-31 days. so kejadian delayed mmg saspen.


dan selama ber ttc-ing for 2 years pernah sekali je miss P lewat sampai 13 days. saspen habis mase tu. test UPT sampai 7 kali. semua negatif. pergi klinik, scan. nothing inside me. dan esoknya miss P menjengah. hampa.


atas alasan tu, tak pernah terlintas dalam kepala saya ada FIBROID! tak pernah juga ada kawan or saudara rapat yang ada dan pernah operate fibroid. so. on the 5th July, the very moment Dr Marsita bgtau saya ada fibroid sized 4.2cm saya terkejut tahap clueless. tak tau nak cakap apa. tak tau nak tanya apa. tak tau nak expect apa. tak terfikir nak kena bedah!



Fibroid

Endometriosis

Dr Marsita kata. ada endometriosis juga. dan retroverted uterus. :'(
dia suggest buat laparotomi. seeloknya sebelum next cycle. available date 10 Julai. fuhhh. cepat nyaa! saraf otak terus jammed!bulan puasa, nak raya, order popia, macam-macam benda nak kena consider.

esok nya kami inform family members dan mintak pendapat. semua pun sokong kami buat ASAP. so Khamis it is. jantung ni rasa macam nak terkeluar. dupdap dupdap laju.


Selasa 8 Julai jumpa Dr Marsita untuk confirm tarikh operation. Rupanya Khamis tu kalau operate kat Columbia Setapak. tp kami insist nk buat kat Ampang Puteri sbb lebih dekat dgn rumah sndr and rumah abang. so operation set on Monday 14 Julai di KPJ Ampang Puteri. terus hati lega. haha. lega sebab I know I still have few days untuk makan sepuasnya sebelum kena pantang kan.


So if anyone curious, untuk bill masa first time jumpa Dr Marsita total adalah RM 575


Consultation                   RM180

Thin Prep (pap-smear)   RM100
Ultrasound                     RM 90

and Dr Marsita bekalkan minyak zaitun, jus delima, madu, biji apricot dan beri kering. sangat2 elok2 untuk wanita yang ada endo and fibroid. 


Olive Oil                       RM 75

Pomegranate                 RM 25
Madu                            RM 65
Biji Apricot                   RM 25
Beri kering                    RM 15


conclusion, walaupun period regular cycle cantik. tak menjanjikan kita takde anasir-anasir dalam badan kita. early check up sangat lah membantu. jangan jadi mcm saya