Selasa, 14 Jun 2016

IVF Supplements


atas saranan Prof, balik je rumah kami terus dapatkan supplements yg dicadangkan. 

Acid Free Vit C, Folic Asid, Vit E
Vitamin C 1000mg RM 42.35
Appeton Folic Asid RM 37.60
Vitamin E 250iu RM 52.45

total RM 132.40

harga agak mahal kalau compare dengan harga kat website. tapi jujurnya, untuk ubatan macam ni, saya memang tak yakin nak beli online. biarlah mahal sikit, janji kita beli dari source yang betul. tapi, kat sini tak banyak farmasi, takde saingan, tu yang harga macam tu. huhu. takpe lah, rezeki dia. :)


Isnin, 13 Jun 2016

Result CA125

the next day, Jumaat 10 Jun 2016. dari pagi tak sabar tunggu tengahari nak call UKMSC. tapi alih-alih terlajak sampai pukul 4 baru call nurse Aida. boleh pulak terlupa. kihkih. so. result. Alhamdulillah. sangat memuaskan. 5.0 U/mL. terus whatsapp Prof bagitau result. Prof kata OK dah tak perlu lucrin. yeay!

initial plan memang nak start ivf cycle ogos. Alhamdulillah. boleh teruskan. expected period 11 ogos. so, Prof suruh datang semula end of July and dia pesan from now on start supplement vitamin c 1000mg & vitamin e 250iu. and of course acid folic 400mcg. daily.


Ahad, 12 Jun 2016

1st appointment UKM Specialists Centre

9 Jun 2016 pukul 2:30 petang. 

Khamis hari tu 9 June 2016, pergi UKMSC private wing tingkat 7. first time call untuk set appoinment on 10Mei, then 11Mei call semula selepas decide nak pilih Prof Hashim. so yeah. tibalah masanya. the very 1st appointment dgn Prof Hashim. dupdap dupdap. Appointment pukul 2:30, tapi 12:30 kami dah sampai. kononnya nak ambil nombor. sebab ada geng bagitau kena ambil nombor awal. kalau tak nanti lambat la dapat jumpa Prof. sekarang ni dah la bulan puasa. kalau lambat settle jenuh nak ngadap jem MRR2 nanti. tapi, rupa-rupanya appointment kami memang dah set pukul 2:30, tak payah nombor pun. hehe. lepas isi registration form. call husband ajak naik tingkat 7. alang-alang dah sampai tunggu je la kat situ. lagipun selesa. ada surau. kerusi banyak. sejuk. ada wifi lagi. hahaha

so, tepat 2:30 terus masuk bilik Prof Hashim, bilik no3. tak perlu brief panjang kat Prof sebab dah siap-siap bawak surat dari previous klinik. lab report surgery 2014 pun ada bawak sekali. Prof scan perut. hm. fibroid ada semula. 2cm. tp Prof kata nothing to worry sebab kecil dan luar uterus. ok.

fibroid dalam bulatan, bawah kanan scar dari previous fibroid.

and then, sebab memang dah ada history of endometriosis, Prof minta buat ujian CA125. untuk tengok aktiviti endo katanya. kalau result between 8-12 dah boleh start ivf anytime. tp kalau lebih 12 kena buat treatment dulu. then Prof start terangkan pasal ivf/icsi. but not in details. takpe. nanti akan ada sesi penerangan secara detail yg teramat sampai betul-betul paham.

keluar dari bilik Prof, ikut nurse Aida ke bilik makmal ambil darah untuk CA125. katanya esok tengahari dah boleh call nurse Aida tanya result. before 3:30 dah setel semua. alhamdulillah.

bill untuk 9 Jun 2016 : 
RM219.85