Ahad, 31 Julai 2016

Klinik MAC PPUKM

29 Julai 2016
Semalam Prof pesan datang pukul 8 pun ok, klinik dah buka. disebabkan kami takde nak rushing, pukul 8+ baru gerak dari rumah. pukul 9+ sikit sampai depan kaunter MAC, ada 5 couple tengah tunggu. takpe lah, kami bukan nak jumpa doktor, just nak beli ubat and drop sampel je. sekejap je lah. itu yang kite pikir. tapi....

so, memula pegi kaunter, bagi borang biru & kuning kat nurse tak ingat nama, *ya rabbi baik sangat-sangat nurse kat PPUKM ni semuanya. cakap lembut berhemah. bagus betullah* pastu dia bg bekas kecik untuk suami process kat bilik berkat. yes! nama bilik tu BILIK BERKAT. mengekek kami ketawa. nurse pun ketawa tengok kami ketawa. hahaha. teringat masa pergi umrah, ada kawan pesan suruh sewa bilik berkat kat sana, berkat-berkat dapat baby. hehe. tapi kami tak de masa pun nak cari bilik tu. tak teringat pun.

jauh kebelakang sikit bilik ni. sebab taknak ada gangguan kot. hihi.

nurse pesan, selesai urusan, datang kaunter untuk buat bayaran. so suami setelkan urusan dia, saya lepak luar sementara tunggu nurse panggil untuk ambil ubat. lps suami setel, terus bgtau nurse, nurse suruh duduk kejap, nanti dia panggil. kejap tu dalam sejam jugak lah. tabahlah. nurse bagi borang pink, buat bayaran di kaunter bayaran kat lobi utama, mujur lah tak ramai orang. then masuk MAC semula untuk amek ubat pulak. tunggu lagi. tabah lagi. tak sampai setengah jam kot tunggu dia panggil, nurse bagi bekalan jenjarum untuk 5 hari suntikan nanti. ubat kena pegi beli kat farmasi.

terus ke farmasi, lepas bayar dan ambil ubat ada sesi amali cara-cara cucuk kat bilik sebelah farmasi. tekun kami dengar. walaupun sebelum ni suami dah pernah cucukkan tapi ish bab cucuk2 ubat ni cuak jugak. kena dengar dan faham betul-betul. so setel semuanya tengok jam pukul 12:10 tengahari. hahaha. 3 jam rupanya kat sini. takpelah yang penting semua dah setel. Alhamdulillah.



sesi tunjuk ajar



menopur and femara for 10days

menopur tu datang nya dalam dua kotak. tapi dah lunyai lembik sebab terendam dalam ais. lupa nak snap time kotak masih suci. hehe. ohya, untuk sesiapa yang takde icebox, jangan risau boleh sewa dengan PPUKM harga RM50, make sure simpan resit nanti nak pulangkan bekas tu kena ada resit. peace!

bill untuk 29 Julai 2016 :
RM 159.00 (semen analysis & freezing)
RM 1,196.40 (femara & menopur)
 

Sabtu, 30 Julai 2016

2nd appointment UKMSC


28 Julai 2016 pukul 3 petang.


sampai kat PPUKM dekat pukul 2, dengan tenang laki bini solat zohor, lunch then baru naik tingkat 7. dah dekat pukul 3 masa tu. ingatkan macam 1st appointment dapat jumpa Prof on time. tetapi tidakkk. ahahaha. ada 3 couple sebelum kami, sudahnye dekat pukul 4 baru dapat masuk bilik Prof Hashim. Prof ceria betul, hihi. tak macam masa first time jumpa. agaknya masa tu puasa, lapar ngantuk semua ada. tu yg moody sikit, kot lah. pepandai je. haha.

Kali ni takde scan, cuma discuss semula pasal prosedur IVF/ICSI. then ambil darah untuk check ovarian reserve. suami pulak nak buat semen analysis sekali dengan freezing. tapi sebab dah pukul 4+ Prof suruh datang semula pagi esok. bawak borang biru & kuning tunjuk kat kaunter MAC. 




disebabkan kami tinggal diluar KL, Prof sarankan terus beli ubat-ubat. AF pun less than 2 weeks(expected 11 Ogos). untuk kes kami, Prof prescribed Femara 7.5mg & Menopur 225ui daily, selang-seli. so, taklah mencucuk tiap-tiap hari. hmm, lega ada, blur confused cuak pun ada sebab tak pernah makan Femara sebelum ni. cuak jugak kalau-kalau telur tak respon. dah la CD10 baru first scan. huhu. doakan semua berjalan lancar ye. Thanks!




bill untuk 28 Julai 2016 : 
RM325.55


Ahad, 17 Julai 2016

Vitamin E 250 I.U

Semalam & kelmarin ikut suami ke Kuala Terengganu, then teringat nak cari Zinc untuk dia, tapi terjumpa Vitamin E Surbex murahhh. 60's X 2 baru RM101. sebelum ni dah dua botol beli yang 30's, harga RM50++ each. tapi, next month dah nak start stimulation, kalau beli banyak-banyak ni takut membazir pulak. nak call Prof Hashim, takut kacau pulak dia tengah beraya. maklum la sabtu kedua Syawal. mesti banyak open house kan. whatsapp je la. lama jugak tunggu dia reply, dekat sejam. haha.




So, here it is, Prof kata Vitamin E boleh makan sampai bila-bila pun, sebab dia hanya supplement. apalagi, rembat lah dah murah. lagipun lelaki pun elok makan ni ganti Zinc. tak jadi la beli Zinc, suami join makan Vitamin E je. 

*kat kotak tulis RM134.70 tp Watsons offer RM101.00