Rabu, 31 Ogos 2016

days past transfer


pejam celik pejam celik. lusa dah nak buat blood test. sekejap je rasa. NO! berjinggut sebenarnya nak menyampai ke hari ke5 ni. seriously. uhuhu. eh kejap!

Selamat Hari Merdeka ke 59 Malaysia! ok tu je :p

semalam suami sampai. happy gila! so hari ni dapat lah bermalasan dengan bahagianya. hehe. tetiba tekak nak itu nak ini. mlm smlm mintak belikan mee grg mamak. arini mintak satey pulak. ngada sungguh bila suami depan mata. haha.

ok so mari throwback hari-hari lepas.

2dp6dt
masih solat duduk. masih pakai stokin all day. bfast macam biasa roti + nutella & susu. lunch nasi goreng(sepatutnya bfast hihi). bening bayam. ikan masin. malam makan nasi sikit lauk sama. sblm tidur makan roti+nutella. symptoms; pagi ada rasa mencucuk2 kat ari-ari sekejap and cramp sikit. sikit je. tak sakit sgt pun.

3dp6dt
masih juga solat duduk. tp dh kemalasan, tak pakai stokin.  tp pakai selipar dalam rumah. takmo pijak lantai. bfast muesli+yogurt+honey and susu. dari hari tu bawak muesli tapi boleh terlupa nak bfast muesli all this while. lunch nasi. sup ayam. bok choy goreng. bertambah. dinner nasi telur dadar bok choy goreng. lewat malam makan roti + PB. hari ke3 no symptoms at all.

4dp6dt
masih solat duduk + selipar dlm rumah. bgn pagi dgn tiada kelaparan langsung. lps subuh minum air masak untuk mkn ubat pastu rasa kenyang je. makcik paksa mkn takut perut masuk angin. pukul 3 mkn wrap telur + timun minum susu. sepatutnya tu sarapan. petang baru mkn bubur nasi + ayam + brokoli. 2 mangkuk. baru dtg lapar. then tengah mlm lapar makan mee goreng mamak. sgt tak healthy. haha. symptoms ; breast sakit dari pagi. sakit pinggang time amek wuduk maghrib. sampai la time nk tidur. on off.

as for today 5dp6dt. yes, masih juga solat duduk lagi. dan selipar dlm rumah. skrg pukul 2:50. pagi td sarapan cekodok. teatime makan homemade waffle PB+choc. lunch nasi bening sawi+kobis. ayam goreng. ikan masin. dinner nanti satey zainah ismail best in town. yeay! symptoms ; bgn pagi sakit perut. cramp mcm nk period. breast masih sakit. pinggang juga masih sakit. tp by now pinggang n perut dh ok. hopefully embabies dah selamat implanted kat rahim ummi. dok elok-elok. membesar elok-elok ok kesayangan ummi dan ayah. semoga Allah permudahkan. amin.

Sabtu, 27 Ogos 2016

1dp6dt


husband has been talking to my tummy today. best feeling ever! dia asyik cium-cium. yelah. kita mana sampai nak cium perut sendiri. gosok-gosok dengan tangan je mampu. hehe.

hari ni masih lagi solat duduk. mandi duduk. hari ni pakai stokin sepanjang masa. unless ke toilet le. breakfast roti wholemeal + PB. then teatime makan wrap telur+timun & roti wholemeal sekeping. susu segelas. lunch belasah nasi 2 pinggan. lapar betul. lauk simple tu yg jadi berselera sgt tu. singgang ikan & kacang panjang. kalau ada budu mau bertambah lagi. lps maghrib makan nasi lagi. nasi kenduri mak bawak tp mkn sikit je, sbb nasi minyak. then malam makan roti + PB again. mujur lah fav, tak jemu. arini terkurang minum air masak. lupa. so bibir jd agak kering. padan muka.

mak ayah abg akak anak-anak buah datang selain bawak nasi lauk kenduri dorg bawak cempedakkkkk. bestnye. peram lg few days dah boleh makan. eh boleh makan ke ea? mak kata makan je. tp jgn lah banyak2. okey. baiklah. ada rambutan & dokong juga. mkn seulas seulas je. buat rasa.

oh. petang tadi ada rasa twinges few times around 3:30 & 6:30 kat lower abdomen. are they're digging in? hoping that's a good sign. keep positive! :D


Jumaat, 26 Ogos 2016

0dp6dt


hari ni most of the time baring je. boring baring duduk. pastu baring semula. solat duduk. mandi pun duduk. jalan jugak lah sikit. ke depan, ke dapur, ke toilet. tak elok baring 24jam. tapi yang pasti larangan keras oleh suami untuk angkat apa jenis barang sekali pun. sampai kan pinggan pun suami hidang terus depan muka. bak princess gitu. hihi.


pastu byk betul membuang angin. dari dalam OT masa kena tinggal sorang tu, 4x kentut. mujur la takde bunyi & takde bau. hahaha. cepat lapar. otw balik dr hospital suami tapau nasi ayam. sgt healthy nye lah kan. haha. eh tp ayam tu part dada. kira ok la. hehe. smpi rumah, suami suap makan nasi ayam. lunch on bed gituuu. thank you syg. belum ptg dah lapar macam belum lunch. suami goreng kan baby kailan, teatime makan baby kailan goreng je. thank you again syg. suami cilok sesudu dua selebihnya makan sorang. nak ganti balik tak cukup greens masa lunch tadi. takut sembelit!


mlm makan roti wholemeal + PB. sblm tdo repeat lagi roti wholemeal + PB & nutella. byk minum air masak utk cheat rasa lapar. risau nak makan banyak-banyak ni. takut nak terber. kalau boleh esok lusa je la ber tu. boleh gitu? haha.

nak tidur malam pakai stokin. its good to keep our feet warm. kan sedang jadi incubator ni.  :)

D6! transfer day!!


alhamdulillah!

selesai final step, dah transfered my beautiful blastos ke dalam rahim. i'm officially PUPO!

pagi tadi sampai PPUKM pukul 8:45. both suami isteri sebu perut tak lalu nak makan, so terus ke MAC. dia punya debaran tu, rasa mcm butterfly dok buat rusuhan dalam perut. nak terber nak terken semua ada. haha. ok lepas bagi form embryo transfer & kad kuning kat kaunter nurse suruh makan dulu kalau belum. tapi kami lepak kt situ je, tunggu.

dalam pukul 9:45 baru nurse panggil masuk bilik belakang untuk tukar baju. sempat pandang kat pintu OT, ada nama saya sorg je. sampai kt katil-katil nampak ada 1 baju je. sah la mmg sorang je la kat sini hari ni. takde la geng nak borak. selesai tukar baju tunggu tunggu tunggu. ambil peluang ni, zikir selawat istighfar doa. 10.20 camtu kot baru nurse panggil masuk OT, lalu belakang kaunter, nurse suruh pggl suami tp ramainya ummat segan pulak nk jerit-jerit nama suami. dah la kita pakai baju operate tu. karang semorang pandang. heee. so nurse suh masuk je dulu nanti dia panggil kan.

dah ready duduk kat katil. embryologist dah ada dlm bilik. sempat tanya dia embrio ok tak, dia bgtau ada grade 1, ada grade 2. pastu prof & doktor masuk, nurse masuk, suami ikut blkg. embryologist pun tunjuk gambar kat skrin tv. aauuwwwhh. 1st time ummi & ayah tengok kamu. berbunga kembang setaman hati ni.



prof terangkan serba sedikit. dari 4 retrieved eggs, 3 fertilised and finally 2 berjaya survived day-6. and takde freezing. yang kiri tu early blastocyst dan yg kanan morula yang dah almost there nak jadi blastocyst jugak. Prof kata, petang sikit nnt dia jadi macam yang no1 tu. alhamdulillah, we're more than happy. then suami kena tunggu kat luar. sebelum nak mulakan tu prof suh kita sama-sama doa, mintak keberkatan Allah. process transfer tak sampai 10 minit. ntah-ntah tak sampai 5 minit pun. mmg sekejap sangat-sangat. zikir selawat jangan lupa.

masa proses tu, nurse tunjuk kat skrin, blastos dah masuk dalam rahim. nampak tiny dot. masa tu i really can't help. senyummmmm je. rasanya dah sampai telinga dah. hihi. indahnya perasaan tu, first time tengok kamu dalam rahim. bila dah setel prof suh doa sama2 lagi sekali minta Allah permudahkan. then nurse tolong luruskan kaki. and rehat dalam OT je. sebab dah takde orang lain yg q prosedur. so tak yah pindah katil. dia pesan baring dalam tu sejam, tunggu sampai 11:40. then kena tggl sorang-sorang dalam OT.


tp sebelum tu nurse bagi sonogram. ummi peluk ummi cium kamu berdua. tak sabar ummi nak jumpa kamu. ummi dgn ayah tak sabar nak peluk kamu. semorang pun dah lama tunggu kamu. membesar dengan sihat okay sayang. kita jumpa bulan Mei tahun depan. InsyaAllah.

pukul 11:55pg nurse masuk bgtau dh boleh bangun, tukar baju dan tunggu kat luar. sebelum keluar, embriologist Pn Fazilah sempat pesan makan healthy food, start minum susu pastu siap bg kata semangat. thank you!! dah siap tukar baju keluar suami takde, pegi buat bayaran dan beli ubat. tak lama dia balik nurse pggl pesan makan ubat, jgn makan pedas jgn makan masam jgn makan santan jgn makan kari rempah2. jaga diri elok2. next appointment dgn UKMSC 26 Sept 2016. lagi sebulan!

tapi OTD adalah jumaat minggu depan 2 Sept 2016 -- 7dp6dt! yeay! ambik darah and injection Proluton. for the mean time, makan Femoston kelabu 1bj sekali mkn 3x sehari. dan teruskan makan acid folic dos 5mg pulak.

bil untuk 26 ogos 2016
RM 530.00 (embryo transfer)
RM 598.90 (UKM K-Health - embryo transfer)
RM 116.95 (NF farmasi - Femoston & Proluton)

Khamis, 25 Ogos 2016

esok transfer blasto!!


alhamdulillah!

pukul 8:20pg, dlm debar call MAC. lepas bgtau details. nurse cakap Puan datang esok pukul 9 pagi ye. masa tu rasa terlepas segala lelah di dada! alhamdulillah syukur ya Allah. bermakna memang ada telur yang survived up until today, D5 dah jadi blastocyst! tanya jugak nurse berapa grade berapa transfer ada freezing tak. tapi embryologist takde, maybe belum masuk klinik kot. mcm haritu tvs(dgn embryologist) pukul 9 onwards. so nurse takde jawapan. suruh tunggu esok sahaja. ish. dia tak tau ke hatiku meronta nak tau. hahah.

so. nurse pesan jangan lupa injection hari ni pukul 10pagi. decapeptyl 0.2mg, dah siap-siap beli masa 1st tvs. senang, takyah ulang-alik ke hospital. nk ni nak bgtau, cik deca ni, PEDIH amat! fuhh. dah la kena kiri kanan. mmg pedih. huhuu. bertabah lah. demi mu anak. 


setel je injection, kulit naik bintik-bintik sebelah tempat cucuk tu. cuak jugak. kulit jadi merah then bintik-bintik tu makin besar jd la setompok bintat nyamuk gigit. tapi tak gatal pulak. adoi, alergik ke apa ni. nak whatsapp Prof tapi hold dulu. dalam 20minit camtu tengok bintat tu dah makin surut. lega! tapi esok nk tanya Prof kenapa jadi camtu. nanti update lain.

now. i am 100% ready untuk tranfer esok!! berdebar tapi tak sabar! hihi! doakan semuanya berjalan lancar. semoga hari Jumaat hari berkat, Allah permudahkan. amin amin amin.

*update : bintik-bintik slps injection tu takde apa-apa pun. since dia naik kejap je, so nothing to worry. bukan alergik. alhamdulillah.

Isnin, 22 Ogos 2016

Post OPU


hari dah hari ke2 selepas OPU. alhamdulillah sampai sekarang mmg takde rasa sakit or cramp kat perut. cuma hari OPU tu ada sikit bleeding @ spotting kat panty. nothing to worry. hm. malam ni last makan clarinase & uniaspirin. start malam hari OPU, 3malam sampai hari ni. aritu kat MAC lupa nak tanya function pil-pil ni. hihi. cuma tau clarinase ubat selsema sebab suami mmg makan clarinase kalau dah start bersin. semalam one TTC fellow bgtau uniaspirin untuk cairkan darah, bagi memudahkan embryo lekat. insyaAllah moga senang lah embryo(s) lekat nanti. amin.



and hari ni jugak embryos pun dah D2! kalau patients Prof Zainul, esok dah ET day. tapi dengan Prof Hashim, kami akan transfer D6. apalah perkhabaran embryos kat sana agaknya. seksa jugak menunggu lama macam ni. huhu. i pray hard hopefully semuanya grow healthy, good grades and ada balance untuk freezing. tapi honestly, at this stage. kalau  sekalipun 1 highgrade blasto berjaya, kami sangat-sangat bersyukur!

cepat lah Khamis. can't hardly wait!

Sabtu, 20 Ogos 2016

Egg Retrieval a.k.a OPU

Alhamdulillah. dah selesai OPU.

pagi tadi rekod peribadi. sampai PPUKM before 8! MAC pun tak bukak lagi. hihi. yelah Sabtu kan. jalan lengang tak macam weekdays. elok je sampai tempat parking, baru teringat Pregnyl tertinggal kat rumah. Allahu. boleh terlupa benda penting. suami nak patah balik. mujur lah kebetulan mak sedara still kat rumah, and dia mmg nak ke office dia yg kebetulan jugak nearby PPUKM, jadi mintak tolong dia bawakkan.

sampai kat depan MAC ada lagi 2 couple tengah tunggu, masing-masing bawak icebox. kami je takde, haha. silly me. tunggu tak lama pun, nurse pun sampai bukak pintu. register bagi form egg retrieval & kad, then lepak la tunggu. Prof belum sampai i guess. ok jugak sebab ubat tertinggal pun belum sampai. haha. dalam 8:35 kot mak sedara sampai hantar ubat. then 8.50 nurse panggil suh gi toilet buang segala apa yg perlu pastu ikut dia masuk bilik belakang kaunter MAC tu.  sebelum masuk tu flying kiss la kat suami sekali. sian dia kena tunggu kat sofa je. hehe.

masuk kat bilik tu ada 3 katil. nurse suruh tukar pakai baju hospital tali ikat belakang. pastu tunggu. dr Maiza datang mintak sign consent form and pasang IV. then tunggu lagi. ohh haa, lupa pulak. sblm masuk, brg kemas jam hp semua tinggal kat suami kat luar. kat katil tu ada almari kecik la untuk simpan baju. tak dapat amek gambar sbb hp tinggal kat luar.

oleh kerana takde jam tak tau brapa lama tunggu nurse panggil ikut dia masuk bilik prosedur. dalam tu ada 1 katil ada besi kangkang tu. apa nama katil tu ea? ada monitor tepi katil. nampak Prof tengah bersiap kat changing room pakai baju sarung tangan semua. malu of course la. ahahaha. tapi nak buat macamana kan. nurse suruh baring, dia inject pelali tru IV, siap pesan jgn lawan, kalau pening pejam mata tidur je. 3x inject je pastu dh tak sedar apa. tersedar dah ada atas katil kat bilik asal tadi.

mata dah tak ngantuk. blur. sungguh2 blur. sudah ke belum ke. mimpi ke real ke. pikir-pikir balik. eh real lah ni. dah sudah dah. alhamdulillah takde rasa sakit langsung! pastu ternampak kaki orang sebelah disebalik langsir, terus bangun. akak ni transfer embrio, tu yang gigih nk berborak dengan dia. excited. dia terkejut cepatnya saya terjaga. tengah borak nurse tegur suruh sambung baring dan tidur. hahaha. adeh. okey fine balik kt katil. baring pusing kiri pusing kanan, takleh tidur dah. cakap kat nurse nak gi toilet. nurse risau dah okey ke belum ke. kite confident dah ok. tukar baju and keluar gi toilet. padahal bukan la nk sgt pun. tak sabar nak keluar nak jumpa suami kat luar sebenarnya. hahaha.


lepak dengan suami, tgk jam pukul 11:05. dia cerita sebelum dia ke bilik berkat, Prof jumpa dia bagitau dapat ambil 4 biji telur. lagi sebiji bukan telur. most probably cyst. oh my. tp Prof tak komen apa2 pasal cyst tu i assume tak bahaya la kot. and Prof cakap kalau semua 4 fertilised, akan simpan 2 day4 and teruskan lagi 2 sampai day6 untuk transfer Jumaat ni. masa tu takleh nak gambarkan perasaan. kembang berbunga je. hihi.

then nurse panggil nak bukak IV kat tangan and nak inject pregnyl. pastu amek form untuk embrio transfer. nurse pesan makan pil yg beli aritu (clarinase & uniaspirin) and call MAC on Thursday morning  untuk confirmkan jadi transfer ke tidak. doakan embryos berkembang dengan jaya nya ok! dah setel, dah boleh balik! oh, payment semua suami dah setelkan masa saya tengah sedap ngorok kat bilik belakang. hehe.

*update : post OPU, ada sedikit bleeding. sikitttt sgt. so lepas OPU, jgn lupa pakai pantyliner. 

bil untuk 20 Ogos 2016
RM 1802.00 (egg retrieval)
RM 2332.00 (UKM K-Health egg retrieval)

*bayaran K-Health berbeza untuk hari bekerja hanya RM1749.00


Khamis, 18 Ogos 2016

CD11, first TVS


today CD11, appointment untuk first tvs. pagi tadi sampai awal kat PPUKM, belum 8:30 dah tercegat depan kaunter MAC, terus register. guess what, kami yang pertama. hihi. tapi nurse cakap doktor & embryologist start pukul 9-9:30 macam tu. lepas buat bayaran, lepak cafe isi perut dulu lah. pukul 9 baru pegi MAC semula. tak lama, 9:10 dah masuk bilik ultrasound. berdebar tu Allah je yang tau. sebab dengar cerita kawan-kawan lain CD4 dah tvs, pastu CD8 kang tvs lg. kita ni dah CD11 baru 1st tvs.

tapi alhamdulillah, size telur dah ngam! cuma nya. tak banyak. faktor umur kot. sedih? of couse. tp reda. syukur sangat, daripada takda. at least ada jugak 5 telur kat ovari kanan, 3 kat ovari kiri. lining alhamdulillah cantik, 10.1cm.


selesai tvs, time tengah tunggu untuk consult dengan doktor Maiza, nurse panggil bagi form putih. suruh baca and sign. masa tu macam blur, eh dah dapat borang ni dah nak kena OPU ke? betul ke? dah siap baca siap sign nurse panggil lagi jumpa doktor Maiza. so yes jawapan kepada persoalan tadi, OPU scheduled on Saturday 20 August 2016. lusa!

doktor Maiza bgtau belah kanan ada 3 yang confirm sesuai untuk retrieve. 2 lagi agak kecil, hopefully membesar by the time nak OPU nanti. and 3 kat ovari kiri too small. tidak akan di sedut. kalau ambik pun, no use. okey. walaupun not much tapi kena positif! hopefully yang berjaya fertilise dan jadi grade 1, superhigh quality embryo/blasto dannn akan dapat bertahan sampai full term. hihi dah tersenyum sorang-sorang pulak.

then jumpa nurse semula, isi details kat buku untuk OPU lusa. dapat kertas purple untuk buat bayaran down payment IVF. lepas tu ke NF Farmasi untuk beli ubat. then balik semula ke MAC. haha. pening tak? memang exercise ke hulu ke hilir. mujur la dlm bangunan tu je. so. jumpa semula nurse MAC dia terangkan cara pengambilan ubat, dia terangkan tentang prosedur OPU. pastu settle! boleh balikkk.

malam ni tepat pukul 12 malam inject pregnyl 10,000iu. malam esok start puasa dari 12 malam.




bil untuk 18 Ogos 2016 :
RM 53.00 (TVS MAC)
RM 848.00 (down payment IVF)
RM 210.10 (NF Farmasi; 3boxes Pregnyl, 6nos Clarinase, 3nos Uniaspirin, 0.2mg decapeptyl)

Selasa, 9 Ogos 2016

CD2 - Menopur 225iu


haaa..dah ready ke tidak?? haha. 



Syukur sangat Allah jodohkan saya dengan someone yang tak takut jarum. walau bukan certified doctor tp boleh jadi my personal doctor. hehe. tak boleh bayangkan kalau suami takut jarum, siapa nak cucukkan ni?? diri sendiri memang tak laaa... rasa tak tergamak(read: takut) nak cucuk diri sendiri. dah nak kena pegi klinik pulak malam-malam ni kan. 

so. Alhamdulillah, all went well. chewah. padahal, mula-mula suami agak cuak. 1st time cucuk untuk ivf, nervous dia lain macam. dah dia cuak, saya pun ikut cuak. time dia cucuk, saya dh tak berani nk tengok. lepas tu sengaja dia suruh saya tengok tangan dia shaking. hish. mencik betul. hahaha. 

awalnya konon nk rekod la untuk kenangan. langsung tak jadi sbb masing2 cuak. hahaha. bila teringat balik, rasa lawak pulak. hehe. hopefully nanti boleh cerita kat anak-anak. amin. 

Isnin, 8 Ogos 2016

CD 1. here we go!


hari ni CD26, AF dah menjengah. biasanya CD29. terawal 3 hari bulan ni. excited?? ntah. gelabah actually. tapi dah kenapa nak gelabah?? haha. adoi la. tak paham jugak dgn diri sendiri. 😂😂😂

so, oleh kerana CD1 hari isnin, makanya CD10 jatuh hari rabu minggu depan. tengah minggu pulak. whatsapp Prof ejas tvs CD11, Khamis 18 Ogos. senang suami nak cuti. and malam ni dah start makan Femara 2.5mg x 3biji pukul 9malam.

bismillah...