Sabtu, 20 Oktober 2018

Kos IVF PPUKM

so ini total kos kami dari hari pertama ke UKMSC sehingga lah selesai blood test di klinik O&G PPUKM. 


Sabtu, 3 September 2016

the.result.


semalam jam 4 petang. suami call MAC. saya request. sbb berdebar sgt tak mampu nak call sendiri. dengar-dengar hujung telinga je. so. its BFN. negatif. tak lekat. tak mengandung. result less than 1.2. its way too low sampaikan nurse tak mintak buat 2nd beta pun.

Allahuakbar.

dugaanMu. aku redha. ada hikmah insyaAllah. yang berlaku adalah kehendakNya. kita hanya berusaha. Allah sebaik-baik perancang.

kita cuba lagi. next appointment 29 Sept.

ummi missed you already, embabies. :(

Jumaat, 2 September 2016

beta hCG on 7dp6dt


dah setel ambil darah and cucuk Proluton pagi tadi.

sampai PPUKM pukul 8:05 terus ke MAC bagi form hijau. lapar, belum sarapan. ingat nak gi makan dulu. nurse ckp jgn sbb kejap je ni. mmg tunggu kejap je nurse panggil buat bayaran dalam MAC je. then ke Makmal C dalam klinik O&G untuk ambil darah, sebelah MAC je pun. takde orang. kami yg 1st. terus masuk amek darah.

then ke MAC semula, tak smpi 10 minit nurse panggil ke bilik belakang untuk injection. tinggal beg, bawak ubat je. cucuk kali ni kat punggung ye. bukan perut. masa cucuk tak sakit. tp lepas tu adoii. sampai ke petang sengal-sengal. so dah setel cucuk dah boleh balik. mmg sekejap sgt urusan hari ni.
nurse bagitau boleh call petang ni untuk tau result beta hCG. tapi kalau result belum ready, call again Isnin nanti. sblm balik isi perut dulu kat cafe. sejam je arini kat PPUKM. alhamdulillah.

semoga ada berita gembira petang nanti. InsyaAllah!



Rabu, 31 Ogos 2016

days past transfer


pejam celik pejam celik. lusa dah nak buat blood test. sekejap je rasa. NO! berjinggut sebenarnya nak menyampai ke hari ke5 ni. seriously. uhuhu. eh kejap!

Selamat Hari Merdeka ke 59 Malaysia! ok tu je :p

semalam suami sampai. happy gila! so hari ni dapat lah bermalasan dengan bahagianya. hehe. tetiba tekak nak itu nak ini. mlm smlm mintak belikan mee grg mamak. arini mintak satey pulak. ngada sungguh bila suami depan mata. haha.

ok so mari throwback hari-hari lepas.

2dp6dt
masih solat duduk. masih pakai stokin all day. bfast macam biasa roti + nutella & susu. lunch nasi goreng(sepatutnya bfast hihi). bening bayam. ikan masin. malam makan nasi sikit lauk sama. sblm tidur makan roti+nutella. symptoms; pagi ada rasa mencucuk2 kat ari-ari sekejap and cramp sikit. sikit je. tak sakit sgt pun.

3dp6dt
masih juga solat duduk. tp dh kemalasan, tak pakai stokin.  tp pakai selipar dalam rumah. takmo pijak lantai. bfast muesli+yogurt+honey and susu. dari hari tu bawak muesli tapi boleh terlupa nak bfast muesli all this while. lunch nasi. sup ayam. bok choy goreng. bertambah. dinner nasi telur dadar bok choy goreng. lewat malam makan roti + PB. hari ke3 no symptoms at all.

4dp6dt
masih solat duduk + selipar dlm rumah. bgn pagi dgn tiada kelaparan langsung. lps subuh minum air masak untuk mkn ubat pastu rasa kenyang je. makcik paksa mkn takut perut masuk angin. pukul 3 mkn wrap telur + timun minum susu. sepatutnya tu sarapan. petang baru mkn bubur nasi + ayam + brokoli. 2 mangkuk. baru dtg lapar. then tengah mlm lapar makan mee goreng mamak. sgt tak healthy. haha. symptoms ; breast sakit dari pagi. sakit pinggang time amek wuduk maghrib. sampai la time nk tidur. on off.

as for today 5dp6dt. yes, masih juga solat duduk lagi. dan selipar dlm rumah. skrg pukul 2:50. pagi td sarapan cekodok. teatime makan homemade waffle PB+choc. lunch nasi bening sawi+kobis. ayam goreng. ikan masin. dinner nanti satey zainah ismail best in town. yeay! symptoms ; bgn pagi sakit perut. cramp mcm nk period. breast masih sakit. pinggang juga masih sakit. tp by now pinggang n perut dh ok. hopefully embabies dah selamat implanted kat rahim ummi. dok elok-elok. membesar elok-elok ok kesayangan ummi dan ayah. semoga Allah permudahkan. amin.

Sabtu, 27 Ogos 2016

1dp6dt


husband has been talking to my tummy today. best feeling ever! dia asyik cium-cium. yelah. kita mana sampai nak cium perut sendiri. gosok-gosok dengan tangan je mampu. hehe.

hari ni masih lagi solat duduk. mandi duduk. hari ni pakai stokin sepanjang masa. unless ke toilet le. breakfast roti wholemeal + PB. then teatime makan wrap telur+timun & roti wholemeal sekeping. susu segelas. lunch belasah nasi 2 pinggan. lapar betul. lauk simple tu yg jadi berselera sgt tu. singgang ikan & kacang panjang. kalau ada budu mau bertambah lagi. lps maghrib makan nasi lagi. nasi kenduri mak bawak tp mkn sikit je, sbb nasi minyak. then malam makan roti + PB again. mujur lah fav, tak jemu. arini terkurang minum air masak. lupa. so bibir jd agak kering. padan muka.

mak ayah abg akak anak-anak buah datang selain bawak nasi lauk kenduri dorg bawak cempedakkkkk. bestnye. peram lg few days dah boleh makan. eh boleh makan ke ea? mak kata makan je. tp jgn lah banyak2. okey. baiklah. ada rambutan & dokong juga. mkn seulas seulas je. buat rasa.

oh. petang tadi ada rasa twinges few times around 3:30 & 6:30 kat lower abdomen. are they're digging in? hoping that's a good sign. keep positive! :D


Jumaat, 26 Ogos 2016

0dp6dt


hari ni most of the time baring je. boring baring duduk. pastu baring semula. solat duduk. mandi pun duduk. jalan jugak lah sikit. ke depan, ke dapur, ke toilet. tak elok baring 24jam. tapi yang pasti larangan keras oleh suami untuk angkat apa jenis barang sekali pun. sampai kan pinggan pun suami hidang terus depan muka. bak princess gitu. hihi.


pastu byk betul membuang angin. dari dalam OT masa kena tinggal sorang tu, 4x kentut. mujur la takde bunyi & takde bau. hahaha. cepat lapar. otw balik dr hospital suami tapau nasi ayam. sgt healthy nye lah kan. haha. eh tp ayam tu part dada. kira ok la. hehe. smpi rumah, suami suap makan nasi ayam. lunch on bed gituuu. thank you syg. belum ptg dah lapar macam belum lunch. suami goreng kan baby kailan, teatime makan baby kailan goreng je. thank you again syg. suami cilok sesudu dua selebihnya makan sorang. nak ganti balik tak cukup greens masa lunch tadi. takut sembelit!


mlm makan roti wholemeal + PB. sblm tdo repeat lagi roti wholemeal + PB & nutella. byk minum air masak utk cheat rasa lapar. risau nak makan banyak-banyak ni. takut nak terber. kalau boleh esok lusa je la ber tu. boleh gitu? haha.

nak tidur malam pakai stokin. its good to keep our feet warm. kan sedang jadi incubator ni.  :)

D6! transfer day!!


alhamdulillah!

selesai final step, dah transfered my beautiful blastos ke dalam rahim. i'm officially PUPO!

pagi tadi sampai PPUKM pukul 8:45. both suami isteri sebu perut tak lalu nak makan, so terus ke MAC. dia punya debaran tu, rasa mcm butterfly dok buat rusuhan dalam perut. nak terber nak terken semua ada. haha. ok lepas bagi form embryo transfer & kad kuning kat kaunter nurse suruh makan dulu kalau belum. tapi kami lepak kt situ je, tunggu.

dalam pukul 9:45 baru nurse panggil masuk bilik belakang untuk tukar baju. sempat pandang kat pintu OT, ada nama saya sorg je. sampai kt katil-katil nampak ada 1 baju je. sah la mmg sorang je la kat sini hari ni. takde la geng nak borak. selesai tukar baju tunggu tunggu tunggu. ambil peluang ni, zikir selawat istighfar doa. 10.20 camtu kot baru nurse panggil masuk OT, lalu belakang kaunter, nurse suruh pggl suami tp ramainya ummat segan pulak nk jerit-jerit nama suami. dah la kita pakai baju operate tu. karang semorang pandang. heee. so nurse suh masuk je dulu nanti dia panggil kan.

dah ready duduk kat katil. embryologist dah ada dlm bilik. sempat tanya dia embrio ok tak, dia bgtau ada grade 1, ada grade 2. pastu prof & doktor masuk, nurse masuk, suami ikut blkg. embryologist pun tunjuk gambar kat skrin tv. aauuwwwhh. 1st time ummi & ayah tengok kamu. berbunga kembang setaman hati ni.



prof terangkan serba sedikit. dari 4 retrieved eggs, 3 fertilised and finally 2 berjaya survived day-6. and takde freezing. yang kiri tu early blastocyst dan yg kanan morula yang dah almost there nak jadi blastocyst jugak. Prof kata, petang sikit nnt dia jadi macam yang no1 tu. alhamdulillah, we're more than happy. then suami kena tunggu kat luar. sebelum nak mulakan tu prof suh kita sama-sama doa, mintak keberkatan Allah. process transfer tak sampai 10 minit. ntah-ntah tak sampai 5 minit pun. mmg sekejap sangat-sangat. zikir selawat jangan lupa.

masa proses tu, nurse tunjuk kat skrin, blastos dah masuk dalam rahim. nampak tiny dot. masa tu i really can't help. senyummmmm je. rasanya dah sampai telinga dah. hihi. indahnya perasaan tu, first time tengok kamu dalam rahim. bila dah setel prof suh doa sama2 lagi sekali minta Allah permudahkan. then nurse tolong luruskan kaki. and rehat dalam OT je. sebab dah takde orang lain yg q prosedur. so tak yah pindah katil. dia pesan baring dalam tu sejam, tunggu sampai 11:40. then kena tggl sorang-sorang dalam OT.


tp sebelum tu nurse bagi sonogram. ummi peluk ummi cium kamu berdua. tak sabar ummi nak jumpa kamu. ummi dgn ayah tak sabar nak peluk kamu. semorang pun dah lama tunggu kamu. membesar dengan sihat okay sayang. kita jumpa bulan Mei tahun depan. InsyaAllah.

pukul 11:55pg nurse masuk bgtau dh boleh bangun, tukar baju dan tunggu kat luar. sebelum keluar, embriologist Pn Fazilah sempat pesan makan healthy food, start minum susu pastu siap bg kata semangat. thank you!! dah siap tukar baju keluar suami takde, pegi buat bayaran dan beli ubat. tak lama dia balik nurse pggl pesan makan ubat, jgn makan pedas jgn makan masam jgn makan santan jgn makan kari rempah2. jaga diri elok2. next appointment dgn UKMSC 26 Sept 2016. lagi sebulan!

tapi OTD adalah jumaat minggu depan 2 Sept 2016 -- 7dp6dt! yeay! ambik darah and injection Proluton. for the mean time, makan Femoston kelabu 1bj sekali mkn 3x sehari. dan teruskan makan acid folic dos 5mg pulak.

bil untuk 26 ogos 2016
RM 530.00 (embryo transfer)
RM 598.90 (UKM K-Health - embryo transfer)
RM 116.95 (NF farmasi - Femoston & Proluton)