Jumaat, 26 Ogos 2016

D6! transfer day!!


alhamdulillah!

selesai final step, dah transfered my beautiful blastos ke dalam rahim. i'm officially PUPO!

pagi tadi sampai PPUKM pukul 8:45. both suami isteri sebu perut tak lalu nak makan, so terus ke MAC. dia punya debaran tu, rasa mcm butterfly dok buat rusuhan dalam perut. nak terber nak terken semua ada. haha. ok lepas bagi form embryo transfer & kad kuning kat kaunter nurse suruh makan dulu kalau belum. tapi kami lepak kt situ je, tunggu.

dalam pukul 9:45 baru nurse panggil masuk bilik belakang untuk tukar baju. sempat pandang kat pintu OT, ada nama saya sorg je. sampai kt katil-katil nampak ada 1 baju je. sah la mmg sorang je la kat sini hari ni. takde la geng nak borak. selesai tukar baju tunggu tunggu tunggu. ambil peluang ni, zikir selawat istighfar doa. 10.20 camtu kot baru nurse panggil masuk OT, lalu belakang kaunter, nurse suruh pggl suami tp ramainya ummat segan pulak nk jerit-jerit nama suami. dah la kita pakai baju operate tu. karang semorang pandang. heee. so nurse suh masuk je dulu nanti dia panggil kan.

dah ready duduk kat katil. embryologist dah ada dlm bilik. sempat tanya dia embrio ok tak, dia bgtau ada grade 1, ada grade 2. pastu prof & doktor masuk, nurse masuk, suami ikut blkg. embryologist pun tunjuk gambar kat skrin tv. aauuwwwhh. 1st time ummi & ayah tengok kamu. berbunga kembang setaman hati ni.



prof terangkan serba sedikit. dari 4 retrieved eggs, 3 fertilised and finally 2 berjaya survived day-6. and takde freezing. yang kiri tu early blastocyst dan yg kanan morula yang dah almost there nak jadi blastocyst jugak. Prof kata, petang sikit nnt dia jadi macam yang no1 tu. alhamdulillah, we're more than happy. then suami kena tunggu kat luar. sebelum nak mulakan tu prof suh kita sama-sama doa, mintak keberkatan Allah. process transfer tak sampai 10 minit. ntah-ntah tak sampai 5 minit pun. mmg sekejap sangat-sangat. zikir selawat jangan lupa.

masa proses tu, nurse tunjuk kat skrin, blastos dah masuk dalam rahim. nampak tiny dot. masa tu i really can't help. senyummmmm je. rasanya dah sampai telinga dah. hihi. indahnya perasaan tu, first time tengok kamu dalam rahim. bila dah setel prof suh doa sama2 lagi sekali minta Allah permudahkan. then nurse tolong luruskan kaki. and rehat dalam OT je. sebab dah takde orang lain yg q prosedur. so tak yah pindah katil. dia pesan baring dalam tu sejam, tunggu sampai 11:40. then kena tggl sorang-sorang dalam OT.


tp sebelum tu nurse bagi sonogram. ummi peluk ummi cium kamu berdua. tak sabar ummi nak jumpa kamu. ummi dgn ayah tak sabar nak peluk kamu. semorang pun dah lama tunggu kamu. membesar dengan sihat okay sayang. kita jumpa bulan Mei tahun depan. InsyaAllah.

pukul 11:55pg nurse masuk bgtau dh boleh bangun, tukar baju dan tunggu kat luar. sebelum keluar, embriologist Pn Fazilah sempat pesan makan healthy food, start minum susu pastu siap bg kata semangat. thank you!! dah siap tukar baju keluar suami takde, pegi buat bayaran dan beli ubat. tak lama dia balik nurse pggl pesan makan ubat, jgn makan pedas jgn makan masam jgn makan santan jgn makan kari rempah2. jaga diri elok2. next appointment dgn UKMSC 26 Sept 2016. lagi sebulan!

tapi OTD adalah jumaat minggu depan 2 Sept 2016 -- 7dp6dt! yeay! ambik darah and injection Proluton. for the mean time, makan Femoston kelabu 1bj sekali mkn 3x sehari. dan teruskan makan acid folic dos 5mg pulak.

bil untuk 26 ogos 2016
RM 530.00 (embryo transfer)
RM 598.90 (UKM K-Health - embryo transfer)
RM 116.95 (NF farmasi - Femoston & Proluton)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan