Jumaat, 2 September 2016

beta hCG on 7dp6dt


dah setel ambil darah and cucuk Proluton pagi tadi.

sampai PPUKM pukul 8:05 terus ke MAC bagi form hijau. lapar, belum sarapan. ingat nak gi makan dulu. nurse ckp jgn sbb kejap je ni. mmg tunggu kejap je nurse panggil buat bayaran dalam MAC je. then ke Makmal C dalam klinik O&G untuk ambil darah, sebelah MAC je pun. takde orang. kami yg 1st. terus masuk amek darah.

then ke MAC semula, tak smpi 10 minit nurse panggil ke bilik belakang untuk injection. tinggal beg, bawak ubat je. cucuk kali ni kat punggung ye. bukan perut. masa cucuk tak sakit. tp lepas tu adoii. sampai ke petang sengal-sengal. so dah setel cucuk dah boleh balik. mmg sekejap sgt urusan hari ni.
nurse bagitau boleh call petang ni untuk tau result beta hCG. tapi kalau result belum ready, call again Isnin nanti. sblm balik isi perut dulu kat cafe. sejam je arini kat PPUKM. alhamdulillah.

semoga ada berita gembira petang nanti. InsyaAllah!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan